Wilhelm Keitel
Wilhelm Keitel

Wilhelm Keitel

Wilhelm Bodewin Johann Gustav Keitel (22 September 1882 – 16 Oktober 1946) ialah seorang Generalfeldmarschall (Fil Marsyal) Jerman. Selaku Panglima Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht atau OKW) dan Menteri Perang de facto Adolf Hitler, beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-2 dalam senioriti Tentera Darat Jerman. Beliau adalah pegawai staf yang berkelayakan namun ketaatannya yang membuta tuli kepada Hitler dan ketidakmampuannya untuk mempersoalkan perintah-perintah Hitler telah menimbulkan kesan buruk terhadap keberkesanan operasi Staf Am. Penindasan Keitel keatas para jeneral lain yang mempersoalkan keputusan Hitler telah menyebabkan kerosakan dalam proses komunikasi dan proses membuat keputusan oleh Staf Am.Kesetiaan penuh dan persetujuan tetapnya terhadap rancangan-rancangan Hitler menyebabkan beliau mendapat kepercayaan Führer dan kebencian dari Staf Am, namun beliau tidak melakukan apa-apa untuk menegakkan kuasa tongkat Marsyalnya, lantaran itu Keitel digelar oleh pegawai-pegawai lain dengan nama Lakaitel (dari perkataan Lakai bermaksud "pak turut" atau "pembodek" yang digabungkan dengan namanya). Kerja-kerja sebenar OKW telah dilaksanakan oleh timbalannya iaitu Jeneral Alfred Jodl. Selepas perang, beliau telah diadili oleh Perbicaraan Nuremberg dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana melakukan jenayah perang. Beliau merupakan pegawai kedua tertinggi yang dibicarakan di Nuremberg selepas Reichsmarschall Hermann Goering.

Wilhelm Keitel

Lahir Wilhelm Bodewin Johann Gustav Keitel
(1882-09-22)22 September 1882
Helmscherode, Empayar Jerman
Didahului oleh Tiada (jawatan diwujudkan)
Pangkat Generalfeldmarschall
Nama samaran "Lakeitel" (Pak turut)
Tandatangan
Digantikan oleh Tiada (jawatan dimansuhkan)
Pasangan Lisa Fontaine (k. 1909) (1887-1959)
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross
Lencana Cedera 20 Julai 1944
Lencana Emas Parti
Hubungan Bodewin Keitel (adik)
Karl-Heinz Keitel (anak sulong)
Tahun perkhidmatan 1901–1945
Unit Artileri
Kabinet Kabinet Hitler
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 16 Oktober 1946(1946-10-16) (umur 64)
Nuremberg, Jerman taklukan Bersekutu (dihukum mati)
Perkhidmatan/cawangan Wehrmacht
Perkhidmatan Oberkommando der Wehrmacht